Sophia Albarakbah Bercinta Dengan Kawan Baik

Pelakon, Sophia Albarakbah, 32, mengakui pintu hatinya kini sedang diketuk oleh seorang jejaka yang merupakan sahabat baiknya yang sudah dikenali sejak 2011.

Dalam fasa untuk mengenali dengan lebih dekat, pemilik nama lengkap Sharifah Sophia Syed Abd. Rahman, bagaimanapun tidak mahu terburu-buru membuat keputusan menamatkan zaman bujang.

“Dia bukan orang VIP ataupun kerja dalam industri, dia orang biasa. Kami sudah kenal sejak 2011 lagi dan sekarang kami dalam fasa untuk mengenali antara satu sama lain dengan lebih dalam.

“Kalau tanya saya, saya memang sudah bersedia untuk kahwin, namun saya juga tidak mahu terburu-buru dalam membuat sebarang keputusan.

“Apa yang penting, lelaki itu keluarga saya sangat mengenalinya dan keluarga sangat sayang padanya. Kami berkenalan sejak 2011,” kongsinya.

Enggan mendedahkan identiti lelaki tersebut, Sophia berkata, perkara utama adalah keluarganya sudah merestui dan mereka juga berkesempatan menyambut Aidilfitri bersama-sama, baru-baru ini.

“Saya tidak akan dedahkan siapa lelaki itu, biarlah rahsia untuk masa sekarang. Keluarga saya suka dan restu itu sudah cukup. Kami juga baru-baru ini beraya bersama,” tambahnya.

Di samping memikirkan soal jodoh, Sophia memberitahu, fokusnya buat masa sekarang adalah kerjaya seni dalam bidang lakonan.

“Kahwin itu sudah pasti, tapi fokus saya sekarang yang paling utama ada kerjaya lakonan saya. Saya mahu terus berikan lebih baik dalam setiap lakonan,” ungkapnya lagi.

Related post

Leave a Reply