Viral

Penampilan ‘Luar Biasa’ Penjawat Awam Thailand Dalam Mesyuarat Tular, Raih Ribuan Komen

Seorang penjawat awam wanita di Thailand menjadi tular di media sosial atas satu sebab yang luar biasa- penampilannya yang mengenakan solekan tebal ketika menghadiri satu mesyuarat pihak berkuasa tempatan.

Mesyuarat tersebut berlangsung pada 3 Ogos di daerah Yaha, Yala, seperti dimaklumkan menerusi satu hantaran Facebook oleh pihak pentadbiran kawasan berkenaan.

Hantaran itu menerima lebih 23,000 komen dan 7,400 perkongsian, dengan kebanyakan pengguna media sosial memberi perhatian kepada penampilan pegawai tersebut.

“Apa yang patut saya fokuskan sebenarnya?” tulis seorang netizen.

“Hampir terlepas pandang, tapi terus tertarik. Singgah baca komen sekejap,” kata seorang lagi.

Ada juga yang memuji solekan pegawai itu, malah seorang pengguna menyifatkan gayanya sebagai sangat Jepun.

Pegawai berkenaan kemudian tampil memberikan penjelasan di ruangan komen, memaklumkan bahawa gambar tersebut sebenarnya telah disunting bagi menyamarkan kedutan pada wajahnya.

“Kepada semua yang perasan gambar ini disunting dengan baik, saya sebenarnya mencerahkan gambar ini untuk menyembunyikan tanda-tanda keletihan akibat jadual kerja yang sangat padat sejak kebelakangan ini,” tulisnya.

“Saya tertanya-tanya sama ada orang akan sedar gambar ini telah dicerahkan. Tahniah kepada semua yang berjaya mengesannya!” katanya.

Related Articles

Back to top button