Dinda Diana Mirip Mimi Lana? Ini Respons Tuan Punya Badan

Nama penyanyi Dinda Dania menjadi sebutan warganet kerana satu hal… wajahnya dikatakan mirip pelakon popular, Mimi Lana.

Tidak kurang dengan itu, ada yang menggelarkan juara Ceria Pop Star Xtra itu sebagai ‘junior’ kepada Mimi yang dilihat kariernya semakin meroket dan kerap muncul di layar kaca dan lebar.

Bagi Dinda, dia tidak merasakan dirinya mirip Mimi Lana. Namun, Dinda tidak menolak jika persamaan timbul disebabkan gaya rambut dan juga solekan.

“Sejujurnya, saya rasa agak tidak sama. Mungkin sebab rambut atau mekap saya ada iras-iras kak Mimi Lana. Disebabkan itu ada yang rasakan kami ni mirip.

“Tapi apa-apa pun, saya terima pujian itu,” ujarnya seperti dilaporkan Gempak.

Begitupun, Dinda tidak menolak jika diberikan tawaran dan dapat berlakon bersama Mimi Lana.

“Sebenarnya saya memang minat berlakon. Kalau dapat peluang, memang saya teringin sangat untuk beraksi di hadapan kamera. Dan kalau digandingkan dengan kak Mimi Lana pun ok juga,” katanya.

Related post

Leave a Reply