Dakwaan Jimin BTS Bercinta Dengan Song Da Eun Kembali Tular Selepas Bukti Baharu Muncul

Dakwaan Jimin BTS Bercinta Dengan Song Da Eun Kembali Tular Selepas Bukti Baharu Muncul

Khabar angin percintaan anggota BTS, Jimin, dengan pelakon Song Da Eun kembali hangat diperkatakan selepas satu hantaran mendakwa terdapat bukti baharu mereka masih pasangan kekasih tular.

Dalam hantaran tersebut, seorang netizen mendakwa Jimin dengan sengaja memberikan petunjuk dia masih bercinta dengan pelakon itu.

Menerusi satu sesi siaran langsung baru-baru ini, Jimin meletakkan sebuah cawan unik di bahagian hadapan, cawan sama seperti yang pernah ditunjukkan Song kepada para peminatnya sebelum ini.

Malah, individu itu menyatakan yang pelakon berkenaan pernah menegaskan dalam siaran langsungnya yang cawan tersebut merupakan cawan kegemarannya.

Berdasarkan bukti ini, individu terbabit merumuskan kedua-duanya mungkin masih bercinta dan ramai netizen dilihat bersetuju dengan analisis tersebut.

Ada juga yang mengkritik Jimin dan berpendapat Song Da Eun patut mencari seseorang yang lebih baik.

Antara komen yang ditinggalkan:

“Bukankah Jimin beri cukup keyakinan pada dia? Kenapa dia begitu terdesak tetapi tak mampu tunjukkannya?”

“Semua bukti tanpa suntingan langsung.”

“Mereka malah adakan sambutan hari lahir ayah Song Da Eun di rumah Jimin, nampaknya mereka mungkin akan berkahwin.”

“Kalau dia bekas teman lelaki, tak ada sebab nak simpan barang yang mereka gunakan bersama, kan? 100% masih bersama.”

“Putuslah dengan Hannam yang hodoh tu.”

Pelakon itu dilaporkan telah memadamkan hantaran berkaitan dalam masa sehari sahaja.

Related post

Leave a Reply