Isteri Minta Tolong Cari Suami Terkandas Di Hatyai, Rupanya Berkongsi Bilik Dengan Rakan Sekerja Wanita

Isteri Minta Tolong Cari Suami Terkandas Di Hatyai, Rupanya Berkongsi Bilik Dengan Rakan Sekerja Wanita

Seorang wanita dari Malaysia yang meminta bantuan untuk menyelamatkan suaminya yang terkandas di Hatyai, Thailand akibat banjir terkejut apabila mendapati suaminya itu didakwa berkongsi bilik dengan rakan sekerja perempuan.

Memetik mStar, wanita terbabit menerima mesej peribadi daripada seorang isteri yang mendakwa suaminya tidak dapat dihubungi selepas terkandas akibat banjir di Hatyai bersama rakan-rakan sekerjanya.

Isteri yang bimbang itu meminta bantuan sesiapa yang berada di Hatyai untuk mencari suaminya, sambil memaklumkan anak-anak mereka yang masih kecil menunggu kepulangannya.

“Seorang isteri mesej saya minta tolong. Suaminya terkandas di Hatyai dengan rakan sekerja dan dia merayu supaya kami selamatkan suaminya dahulu kerana anak-anak masih kecil dan asyik mencari ayah mereka,” tulis wanita berkenaan di media sosial.

Katanya lagi, arwah ibunya berasal dari kawasan itu dan beliau masih mempunyai sepupu serta ibu saudara di Hatyai, membuatkannya rasa bertanggungjawab untuk menyemak keadaan sebenar.

Menerusi bantuan ahli keluarganya di Hatyai untuk mengesahkan keberadaan suami wanita tersebut, mereka mendakwa menemui sesuatu yang mengejutkan apabila lelaki itu dikatakan berkongsi bilik hotel dengan rakan sekerja sepanjang empat hari perjalanan mereka.

Rakan sekerja itu, dakwanya, bukan lelaki tetapi seorang wanita.

“Selepas diperiksa, rupa-rupanya ‘rakan sekerja’ itu perempuan dan mereka kongsi bilik selama empat hari,” dedahnya.

Penemuan itu mengejutkan netizen, terutama kerana si isteri bersungguh-sungguh meminta bantuan dengan percaya suaminya berada dalam bahaya.

Wanita itu kemudian menulis peringatan ditujukan kepada para lelaki:

“Wahai lelaki, tolonglah kasihan pada isteri dan anak-anak di rumah. Kalau tak malu dengan manusia, malulah dengan Tuhan.”

Dia menegaskan, tujuannya berkongsi cerita bukan untuk mencari publisiti tetapi untuk mengingatkan para isteri agar tidak terlalu mempercayai pasangan secara membuta tuli.

Tambahnya, dia sendiri baru pulang dari Hatyai selepas berdepan situasi banjir yang sama dan menggambarkan betapa seriusnya keadaan di sana.

Related post

Leave a Reply