Berita
Joey BPR Meninggal Dunia

Vokalis kumpulan rock legenda Bumiputra Rockers (BPR), Joey BPR atau nama sebenarnya Johari Mat Rozekhi, meninggal dunia pada jam 8.11 pagi hari ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Allahyarham, 63, dilaporkan mengalami masalah kesihatan selepas membuat persembahan di Kuala Lumpur pada malam sebelumnya sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Pemergian Joey merupakan satu kehilangan besar kepada industri muzik tanah air, khususnya peminat muzik rock Melayu yang mengenali beliau sebagai vokalis kumpulan BPR.
Joey yang aktif dalam dunia seni sejak sekitar 1985 meninggalkan legasi menerusi karya-karya bersama BPR yang pernah mencipta nama dalam persada rock tempatan.



