Syazwan Zulkifly ‘Getback’ Dengan Bekas Tunang, Rancang Kahwin Tahun Ini

Pelakon, Syazwan Zulkifly, 38, mendedahkan sudah kembali menjalin hubungan cinta dengan bekas tunangnya yang dikenali sebagai Syawariah Zulkifli.

Menurut Syazwan, mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun ini.

“Saya kembali bersama dengan bekas tunang. Kami putus pada 2020 dan pada tahun yang sama juga kami berdua berbaik dan kembali jalin hubungan.

“Saya dan dia tak hebohkan pun yang kami sudah berbaik kerana malu dengan kisah kami sudah putus.

“Sebab kami kembali bersama adalah Allahyarham ibu saya selesa dengan dia. Sebelum meninggal memang dia mahu tengok kami berkahwin.

“Insya-Allah kalau tiada apa yang berlaku, tahun ini,” katanya ketika ditemui pada satu sidang media, baru-baru ini.

Sebelum ini, media melaporkan Syazwan dan Syawariah pernah bertunang pada 31 Ogos 2019 selepas 10 tahun berkawan rapat.

Namun, pertunangan mereka telah putus pada 31 Mac 2020.

Related post

Leave a Reply