Siri Mechamato Kini Ditayangkan Di China

Selepas kejayaan menembusi pasaran luar negara menerusi platform Netflix, siri animasi Mechamato kini mendarat di China.

Siri animasi tempatan berkenaan bakal ditayangkan di platform penstriman popular, Youku.

Pengasas Monsta Studios dan pencipta Mechamato, Nizam Abdul Razak menerusi platform X berkata, perjanjian dengan Youku turut merangkumi pelesenan dan penjualan barangan Mechamato di China.

Tambahnya, hal ini merupakan langkah penting dalam usaha mengembangkan jenama Mechamato dan Malaysia ke peringkat global.

Terdahulu, filem Mechamato Movie turut dialih bahasa ke bahasa Jepun untuk pasaran negara matahari terbit itu.

Sebelum Mechamato, Nizam pernah meraih kejayaan menembusi pasaran antarabangsa menerusi filem animasi Upin & Ipin yang pertama dan Boboiboy.

Kedua-dua animasi popular ini ditayangkan menerusi platform Netflix dan Disney+ Hotstar beberapa tahun yang lalu.

Related post

Leave a Reply