“Sebelum Ini Sekotak Sehari, Sekarang Sekotak Seminggu”

“Sebelum Ini Sekotak Sehari, Sekarang Sekotak Seminggu”

Pelakon, Que Haidar, 46, mendedahkan dirinya kini berada pada fasa serius untuk meninggalkan tabiat merokok yang sudah lama menjadi sebahagian daripada hidupnya.

Que memberitahu usahanya menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah rokok yang dihisap berjaya dikurangkan dengan ketara.

“Sebelum ini saya boleh habiskan sekotak dalam sehari. Sekarang, sekotak itu bertahan sampai seminggu.

“Malah dah seminggu ini, masih ada enam batang yang belum terusik. Ada hari yang saya langsung tak teringat nak merokok,” katanya dalam satu sesi siaran langsung di TikTok.

Menurut Que, langkah mengurangkan rokok dilakukan secara perlahan-lahan kerana dia tidak mahu memberi tekanan berlebihan pada diri sendiri.

“Niat saya memang mahu berhenti. Tapi saya fokus pada progres diri, bukan bandingkan dengan orang lain.

“Asalkan setiap minggu ada penurunan, itu sudah cukup bagi saya. Insya-Allah, lama-lama saya boleh tinggalkan terus,” ujarnya.

Dalam sesi siaran langsung sama, Que turut menyentuh mengenai komen negatif segelintir netizen yang melabelkannya sebagai ‘Budak-Budak Baru Nak Up’ (BBNU) selepas dia berkongsi perubahan fizikalnya.

Bagaimanapun, pelakon Rock itu memilih untuk melihat perjalanan transformasi kesihatan dan dirinya sendiri sebagai sesuatu yang lebih penting berbanding kata-kata orang luar.

Related post

Leave a Reply