Trending

Ziana Zain Terima Gelaran Datuk

Penyanyi popular, Ziana Zain, 58, melakar satu lagi pencapaian dalam perjalanan seninya apabila kini bergelar Datuk.

Gelaran tersebut diterima selepas Ziana dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Hari Jadi Ke-77 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam, pada Isnin.

Istiadat berkenaan berlangsung di Balai Istiadat Seri Negeri dengan Ziana antara 189 penerima yang dianugerahkan D.P.S.M. yang membawa gelaran Datuk.

Sebelum ini, pelantun lagu Angganpanmu itu pernah berkongsi dirinya tidak pernah mengejar sebarang gelaran termasuk Datuk, sebaliknya menganggapnya sebagai rezeki sekiranya menerima pengiktirafan berkenaan.

Bagi Ziana, perkara lebih penting adalah meneruskan kerjaya sebagai penyanyi serta terus menghiburkan peminat yang setia menyokongnya sepanjang lebih tiga dekad berada dalam industri seni.

Malah, khabar angin mengenai penganugerahan gelaran tersebut sudah lama diperkatakan, namun Ziana memilih untuk menyerahkan segala-galanya kepada rezeki dan ketentuan Allah SWT.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button