Penyanyi Shukri Zainal Meninggal Dunia

PENYANYI Shukri Zainal, 38, dilaporkan meninggal dunia pada malam Rabu. Berita pemergian penyanyi tersebut disahkan oleh pengurusnya yang mahu dikenali dengan nama Vina kepada Seniman.

“Jenazah ketika ini masih berada di Hospital Klang untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Jelas Vina, mereka ada bertemu pada Selasa untuk menguruskan beberapa hal penting namun semalam terputus hubungan apabila Allahyarham tidak membalas panggilan telefon.

Risau dengan keadaan tersebut, Vina mengunjungi rumah Allahyarham yang terletak di Shah Alam, Selangor dan mendapati Shukri sudah tidak sedarkan diri.

“Kami masuk ke rumahnya kerana bimbang dengan keadaan tersebut. Waktu ditemui Allahyarham sudah tidak sedarkan diri dan kami terus menghubungi ambulans untuk tindakan lanjut.

“Sekarang (Khamis) jenazah masih berada di Hospital Klang dan menunggu bedah siasat untuk mengetahui punca kematiannya. Insya-Allah jenazah akan dikebumikan di kampung halamannya di Gemencih, Negeri Sembilan,” jelasnya.

Meskipun masih baharu, Shukri pernah menerima Anugerah Usahawan Madani 2025 anjuran Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM) Januari lalu.

Related post

Leave a Reply