Noki Nafi Ada Hubungan Istimewa Dengan Hawa Rizwana

Penyanyi dan pelakon, Noki K-Clique, 31, menafikan khabar angin yang mendakwa dia kini menjalin hubungan cinta dengan pengacara dan aktres, Hawa Rizwana.

Menurut pemilik nama sebenar Ahmad Ikhwan Aji, dia dan Hawa hanya sebatas rakan industri dan tidak lebih daripada itu.

“Saya perasan ada timbul gosip tersebut susulan tindakan saya menolong Hawa ketika kami berada di sebuat festival membeli-belah sebelum ini.

“Saya membantu hanya kebetulan sahaja kerana saya juga berada di situ. Kami tiada apa-apa hubungan istimewa, hanya kawan.

“Hubungan kami tak lebih daripada sekadar rakan industri buat masa kini,” katanya ketika ditemui di sebuah majlis.

Disoal adakah Hawa memiliki kriteria wanita idaman untuk jadikan isteri, Noki tidak menafikan kerana aktres itu mempunyai ciri-ciri yang dicari selama ini.

“Saya mengaku Hawa ada ciri-ciri calon isteri yang saya mahu kerana saya mencari pasangan yang berhijab dan tahu hukum agama.

“Tidak mudah untuk kita meminta seseorang bertudung tanpa kesedaran sendiri.

“Hawa juga saya lihat seorang yang pandai berdikari,” kongsi anak kelahiran Sabah itu lagi.

Related post

Leave a Reply