Viral

Bapa Positif Dadah Ditahan, Bayi Setahun Menangis Enggan Berpisah

Seorang lelaki berusia lingkungan 30-an ditahan selepas didapati positif dadah dalam satu serbuan yang dijalankan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di sebuah rumah yang didiaminya.

Kejadian itu didedahkan menerusi satu hantaran di Facebook AADK.

Difahamkan, serbuan dibuat susulan maklumat awam mengenai kegiatan penyalahgunaan dadah di rumah berkenaan.

Sebaik tiba di lokasi, pegawai AADK menemui lelaki itu sedang tidur di dalam sebuah bilik. Hasil siasatan awal mendapati lelaki tersebut tinggal bersama abangnya selepas bercerai kira-kira setahun lalu.

Turut berada dalam bilik itu ialah anak perempuannya yang baru berusia setahun. Bayi berkenaan kemudian dibawa ke pejabat AADK sementara pegawai berusaha menghubungi ahli keluarganya.

Menurut AADK, walaupun kakitangan cuba memujuk bayi tersebut, dia menangis dan enggan berpisah dengan bapanya.

Tidak lama kemudian, ahli keluarga mereka hadir ke pejabat AADK, membawa pulang bayi itu sebelum menyerahkannya kepada ibunya untuk dijaga sepenuh masa.

Menurut AADK, bapa kepada bayi itu kemudiannya ditahan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan serta tindakan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Related Articles

Back to top button