Netizen Kenang Jasa Pak Lah Perkenal Cuti Rehat Sabtu & Ahad

Pemergian bekas Perdana Menteri Malaysia Kelima, Allahyarham Tun Abdullah Badawi cukup membekas dalam hati ramai orang.

Salah satu perkara yang paling diingati adalah apabila Allahyarham Tun Abdullah atau Pak Lah memperkenalkan dua hari rehat seminggu, berbanding bekerja setengah hari pada hari Sabtu puluhan tahun lampau.

Menerusi kemas kini di platform X, seorang pengguna media sosial memuji tindakan beliau yang dianggap memberi masa rehat yang lebih kepada para pekerja.

“Tahun 2005 iaitu 20 tahun lalu, Malaysia mula bekerja lima hari seminggu. Sebelum itu, secara lazimnya, Sabtu kita bekerja 9 pagi hingga 1 petang.

“Walaupun kerja setengah hari, kita tiba di rumah pukul 2.30 hingga 3.30 petang.

“Pak Lah yang telah buat perubahan ini untuk beri lebih masa rehat dan masa dengan keluarga. Terima kasih Pak Lah,” tulis seorang netizen.

Meninjau ruangan komen, ramai yang bersetuju dan memuji tindakan beliau 20 tahun lalu.

“Saya masih ingat ayah saya kerja alternate Sabtu ni. Then tiba-tiba dah tak ada. Besar pahala Pak Lah.”

“Sempat juga kerja hari Sabtu selang minggu.”

“Ye betul, pernah melalui zaman tu. Sesungguhnya kerja half day Sabtu tu amatlah tak produktif, untuk kerjaya dan juga family. It was a bold decision by the government, mana mudah untuk buat benda baru masa tu.”

Jenazah Perdana Menteri kelima itu akan dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara sebaik selesai solat Zohor semalam.

Related post

Leave a Reply