Lelaki Ini Alami Kesukaran Bernafas Lepas Gunting Rambut 80 Pelanggan
GARA-gara terlebih bekerja, individu ini hampir membahayakan dirinya sendiri! Seorang lelaki yang bekerja sebagai tukang gunting rambut mengalami kepenatan melampau selepas menggunting rambut lebih 80 sehari menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Menerusi laporan media, difahamkan lelaki berkenaan mengenakan bayaran sebanyak 10,000 rupiah (RM2.66) untuk satu kepala.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik di TikTok, tukang gunting itu dilihat sukar untuk bernafas dan terpaksa menggunakan nebulizer untuk membolehkannya bernafas normal.
Individu itu juga dilihat duduk kepenatan di atas lantai kedainya, yang dipenuhi dengan rambut yang telah dipotong.
Netizen dilihat memberi nasihat kepada lelaki itu untuk berehat dan tidak menerima pelanggan buat masa terdekat.
Sumber: Liputan6