Lagi Kecurian Di Masjid, Kali Ini Lelaki Balut Wajah Dengan Baju Bimbang Wajah Dirakam CCTV

Kecoh di media sosial apabila seorang lelaki didakwa terlibat dalam satu kejadian curi di sebuah masjid di Sapagaya, Sabah baru-baru ini.

Kejadian itu didakwa berlaku ketika pada bahagian saf wanita, dan sewaktu orang ramai sedang menunaikan solat.

Difahamkan, kecurian itu terakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Menerusi rakaman tersebut, lelaki yang mengenakan baju hijau berkenaan terlihat menyelinap masuk ke ruangan solat wanita dan bersembunyi di sebalik langsir.

Disebabkan dia mula menyedari yang kelibat dirinya mungkin tertangkap pada rakaman CCTV, lelaki tersebut menyelinap masuk dengan wajah dibalut bajunya.

Kemudian, lelaki tersebut menyelongkar tas tangan milik jemaah masjid dan sempat membawa lari beberapa barang berharga keluar daripada masjid.

Bagaimanapun, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian itu setakat ini.

Related post

Leave a Reply