“Kuasa Mak-Mak” – Bidan Bawa Ambulans Sendiri Hantar Wanita Bersalin

Gara-gara memandu sendiri ambulans bagi menghantar seorang wanita hamil yang mahu bersalin, seorang bidan di Indonesia meraih perhatian netizen di Indonesia.

Menerusi laporan media di republik itu, kejadian berlaku di Dairi, wilayah Sumatera Utara, Indonesia.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di Instagram @tkpmedan memperlihatkan bidan berkenaan memandu ambulans sambil menyalakan siren.

Sungguhpun bidan itu berada dalam satu situasi yang panik, namun dia tetap memberikan penuh fokus dan berhati-hati ketika memandu.

Difahamkan, dia bertindak sebegitu kerana ketiada pemandu.

Meninjau akaun berkenaan, rakaman bidan memandu kenderaan menghantar wanita hamil itu menerima lebih 145,000 tontonan.

Selain itu, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen.

“Kuasa ‘mak-mak’ jangan dibuat main,” kata seorang netizen.

“Bidan luar biasa! Dia tidak kekok walaupun ambulans itu sepanjang 5 meter,” kata pengguna media sosial lain.

Related post

Leave a Reply