Kilang Potong Gaji Sebab Pekerja Pergi Solat Jumaat
Sebuah kilang alat ganti kenderaan yang berpengkalan di Indonesia meraih perhatian ramai apabila bertindak memotong gaji pekerja yang pergi menunaikan solat Jumaat lebih 20 minit.
Menerusi pendedahan yang dilakukan oleh seorang pekerja, kilang yang terletak di Surabaya itu memotong gaji sebanyak 10,000 rupiah (RM2.60) untuk setiap ‘kesalahan’ yang dilakukan pekerja.
Menurut bekas pekerja kilang tersebut, Peter Evril Sitorus, pemotongan gaji terhadap kesalahan pekerja telah mula dilakukan oleh syarikat sejak sekian lama.
Justeru, Menteri Agama, Nasaruddin Umar berkata, pihak kementerian akan menyiasat perkara berkenaan dengan lebih mendalam.
Dalam masa sama, kilang berkenaan juga didakwa menyimpan sijil lepasan sekolah pera pekerjanya.
Mereka perlu membayar 2 juta rupiah (RM500) jika mahu mendapatkan sijil kepunyaan mereka semula.
“Ketika meletak jawatan, saya sudah tahu bahawa sijil tidak akan dikembalikan (kerana perlu bayar 2 juta rupiah),” kata seorang bekas pekerja, Ananda Sasmita Putri Ageng. – AGENSI