Didakwa Sebagai Penyebab Bekas Suami Ditahan Pihak Berkuasa, Kim Seri Bersuara

Pempengaruh kontroversi, Kim Seri memberi kenyataan balas terhadap tuduhan yang dikenakan ke atasnya gara-gara bekas suami dipercayai ditahan pihak berkuasa baru-baru ini.

Kim Seri berkata, tidak hanya bekas suami, dirinya juga turut melalui proses sama di Korea Selatan.

“Jadi biarlah kami sama-sama terangkan kepada pihak polis dari setiap pihak.

“Insya-Allah kalau ex saya tak bersalah dia akan dibebaskan dan segalanya berkaitan pengurusan kedai dan kewangan sama macam yang saya terangkan sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu, Kim Seri juga menegaskan yang dia masih lagi mahu berhubungan dengan anak-anaknya yang berada di Malaysia.

Namun, perkara tersebut sukar untuk dilakukan. Hal ini kerana, menerusi tangkap layar yang dikongsinya, ada pihak yang menghalang dia untuk bertemu dengan anak-anak.

Kim Seri juga meminta supaya dia berikan ruang dan masa untuk melunaskan hutang yang masih belum dibayar kepada mangsa-mangsanya sebelum ini.

Terdahulu, nama Kim Seri menjadi perhatian selepas beberapa individu tampil mendakwa menjadi mangsa penipuan agensi pelancongan miliknya di Korea Selatan, melibatkan kerugian keseluruhan hampir RM500,000.

Related post

Leave a Reply