Berita

Bomba Jadi Hero Budak Tersangkut Dalam Spiral Climber

Seorang kanak-kanak perempuan terpaksa melalui situasi mencemaskan apabila badannya tersangkut dalam permainan spiral climber di sebuah taman permainan di Puchong, Selangor baru-baru ini.

Bagaimanapun, pasukan bomba berjaya datang membantu dan akhirnya membebaskan kanak-kanak tersebut daripada permainan berkenaan.

Menerusi satu hantaran Facebook oleh Balai Bomba dan Penyelamat Puchong, kejadian itu dilaporkan berlaku di sebuah taman permainan berhampiran Masjid Kg Sri Aman.

Menurut hantaran tersebut, pihak bomba menerima laporan berhubung kes bantuan khas melibatkan mangsa yang terperangkap sebelum segera bergegas ke lokasi kejadian.

Sebaik tiba di lokasi, anggota bomba mendapati seorang budak perempuan tersangkut di dalam spiral climber dan segera menjalankan operasi untuk membebaskannya dengan mengangkat mangsa keluar daripada permainan tersebut.

Selepas berjaya diselamatkan, kanak-kanak itu diserahkan semula kepada ibunya.

Kejadian itu turut mencuit hati ramai rakyat Malaysia yang meninggalkan pelbagai komen lucu di media sosial.

“Nama pun budak. Akalnya panjang tapi belum cerdik. Syukur alhamdulillah boleh keluar. Kalau tak raya lah dekat situ dik. Mak suap lemang dan rendang bersama air sirap. Terima kasih abang-bang bomba. Selamat Hari Raya Aidiladha.”

“Ok lagi sebab kanak-kanak. Ni ada kes orang dewasa pun sangkut.”

Dalam masa sama, ada juga netizen yang mengingatkan ibu bapa supaya sentiasa memantau keselamatan anak-anak ketika berada di taman permainan.

“Sebab tu taman permainan ni perlukan pengawasan orang dewasa.”

Related Articles

Back to top button