Berita

Bapa Erysha Emyra Meninggal Dunia

Pelakon, Erysha Emyra menerima khabar duka apabila bapanya, Zakaria Abdul Rahman dilaporkan meninggal dunia petang Jumaat.

Berita pemergian Allahyarham dikongsikan pengurus Erysha, Afeeq menerusi hantaran di InstaStory miliknya.

“Dukacita dimaklumkan ayah kepada Erysha Emyra, Zakaria Abdul Rahman telah kembali ke rahmatullah.

“Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya.

Dalam pada itu, Afeeq turut memaklumkan urusan pengebumian akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

“Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan maklumat lanjut mengenai urusan pengebumian akan diumumkan kemudian,” ujarnya lagi.

Related Articles

Back to top button