Hannah Yeoh Letak Jersi Kebangsaan Di Keranda Shing Xuen, Tanda Penghormatani Cinta Mendiang Terhadap Sukan

Hannah Yeoh Letak Jersi Kebangsaan Di Keranda Shing Xuen, Tanda Penghormatani Cinta Mendiang Terhadap Sukan

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menghadiri upacara penghormatan terakhir untuk mendiang pelajar berusia 16 tahun, Yap Shing Xuen yang merupakan mangsa kes pembunuhan mengejutkan di SMK Bandar Utama Damansara (4) baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, Hannah secara simbolik meletakkan jersi pasukan kebangsaan di atas keranda remaja itu sebagai tanda penghormatan terhadap minatnya dalam sukan dan semangat juangnya.

Hannah menghadiri majlis perpisahan di Nirvana KL pada pagi Isnin, menzahirkan rasa sedih dan solidariti bersama keluarga mangsa menerusi catatan di Facebook.

“Shing Xuen sebelum tragedi merupakan seorang pelajar ceria, optimistik dan penuh tenaga yang sangat meminati bola tampar.

“Hidupnya walaupun singkat, namun bersinar seperti cahaya,” tulisnya.

Hannah berkata beliau menyerahkan sendiri jersi tersebut kepada ibu mangsa, Wong Lee Ping, sebagai simbol ikatan abadi antara Shing Xuen dan semangat kesukanan yang amat disayanginya.

“Saya beritahu ibunya, Lee Ping, bahawa saya ingin memberikan jersi kebangsaan sebagai satu ‘hubungan kekal’ dengan semangat sukan.

“Lee Ping tersenyum dan berkata Shing Xuen pasti menyukainya,” tulis Hannah lagi.

Beliau itu turut menyampaikan ucapan takziah bagi pihak negara, mendoakan agar kedua ibu bapa mangsa terus diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan anak tunggal mereka itu.

Hannah menegaskan, tragedi ngeri di sekolah tersebut mencerminkan isu sosial yang lebih serius dan perlu ditangani segera.

Beliau berjanji bahawa Kementerian Belia dan Sukan akan mempertingkat usaha memupuk nilai positif, kesedaran mental sihat dan sahsiah yang lebih baik dalam kalangan belia bagi membendung perlakuan ganas.

“Kita mesti menangani peningkatan sikap toksik dalam kalangan segelintir lelaki muda, termasuk budaya ‘involuntary celibate’ yang berpunca daripada kekecewaan serta kebencian terhadap wanita.

“Jika dibiarkan, pemikiran sebegini boleh berkembang menjadi misogini melampau dan keganasan,” tutupnya.

Dalam masa sama, Hannah turut berikrar untuk memperkukuh langkah pencegahan dan inisiatif pendidikan bagi memastikan tragedi seperti ini tidak berulang.

Related post

Leave a Reply