Viral

Bihun Sup Ayam Tanpa Ayam, Wanita Luah Kecewa

Memesan semangkuk bihun sup ayam sepatutnya mudah- ada bihun, kuah, dan sudah tentu ayam.

Namun bagi seorang wanita ini, jangkaan tersebut meleset sama sekali apabila hidangannya tiba tanpa bahan paling penting.

Menerusi hantaran di Threads, dia meluahkan rasa tidak puas hati terhadap hidangan yang diterimanya itu.

“Ni jenis perniagaan apa? Saya order bihun sup ayam… ayam dia mati ke apa?!” katanya.

Dalam video yang dikongsi, mangkuk tersebut hanya mengandungi bihun kosong dalam kuah jernih, tanpa sebarang isi ayam.

Hantaran itu pantas tular, dengan ramai netizen turut keliru bagaimana hidangan yang dinamakan sempena sumber protein itu tidak mempunyai daging ayam langsung.

Selepas isu tersebut viral, wanita berkenaan menjelaskan bahawa keadaan tersebut bukan berpunca daripada kesilapan tempahan.

“Saya terlupa nak mention tadi, memang tak ada sayur sebab saya request tak nak sayur. Bukan tak nak ayam okay!!” jelasnya.

Dia turut menggambarkan rasanya sebagai hambar, seolah-olah sup sayur tak ada rasa, walaupun tiada sayur pun dalam hidangan tersebut.

Lebih mengecewakan, dia membayar RM11 untuk makanan itu.

Meninjau ruangan komen, ada yang bergurau dengan mengatakan hidangan itu kelihatan seperti bihun celup air, manakala yang lain berkata Mungkin ayam tu kawan yang kita jumpa sepanjang perjalanan.

Seorang lagi berseloroh hidangan itu patut ditukar nama kerana jelas ayam tidak pernah sampai ke dalam mangkuk.

Namun, ada juga yang berkongsi pengalaman sama menerima makanan yang tidak lengkap bahan utama.

Related Articles

Back to top button