Virgoun Tamat Zaman Duda, Pilih Lindi Fitriyana Sebagai Isteri

Penyanyi Virgoun akhirnya menamatkan zaman dudanya bernikah dengan kekasihnya, Lindi Fitriyana berlangsung secara tertutup yang berlangsung di sebuah hotel di Jakarta pada Khamis.
Berita gembira ini disahkan sendiri oleh kakak kandung Virgoun, Febby Carol, yang turut hadir dalam majlis tersebut.
Febby turut memastikan bahawa majlis akad nikah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah besar dan pasangan tersebut selamat bernikah pada pukul 4 petang waktu tempatan.
“Alhamdulillah acara berjalan lancar, tiada masalah, dan sekarang sudah sah. Kepada rakan-rakan media, mohon maaf, majlis ini diadakan secara tertutup. Mungkin esok akan ada makluman lanjut,” kata Febby seperti dilaporkan Kapanlagi.
Pada dasarnya perkahwinan kedua Virgoun ini sememangnya menarik perhatian umum selepas perceraian dramatiknya dengan Inara Rusli.
Dia lebih cenderung menutup rapat kehidupan peribadinya namun, khabar mengenai perkahwinan ini akhirnya tersebar dan ternyata benar.
Salah satu perkara yang menjadi perhatian ialah mas kahwin yang diberikan Virgoun kepada Lindi.
Febby mendedahkan bahawa adiknya menyerahkan mas kahwin berupa emas seberat 26 gram, angka yang disesuaikan dengan tarikh pernikahan mereka, iaitu 26 Februari.
Mengenai konsep majlis, Febby menjelaskan bahawa perkahwinan adiknya diadakan secara sangat sederhana.
Tiada pesta mewah yang berlebihan, sebaliknya hanya menumpukan pada prosesi ijab kabul dan jamuan makan bersama keluarga terdekat.
“Konsepnya adat sederhana sahaja. Ijab kabul sahaja, kemudian makan bersama keluarga,” tambahnya.
Walaupun diadakan secara tertutup, kebahagiaan jelas terpancar daripada seluruh keluarga yang hadir.
Febby juga sempat menyentuh mengenai peribadi Lindi Fitriyana di matanya, namun memilih untuk menyimpan perinciannya dan berjanji akan memberikan penjelasan lanjut pada masa akan datang.



