Uqasha Senrose Nekad Teruskan Proses Perceraian Dengan Kamal Adli, Tiada Persefahaman

Uqasha Senrose Nekad Teruskan Proses Perceraian Dengan Kamal Adli, Tiada Persefahaman

Kes perceraian membabitkan pasangan selebriti, Uqasha Senrose dan Kamal Adli bakal disambung semula pada 28 Oktober ini selepas prosiding pertama di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Rabu tidak dapat diteruskan berikutan ketidakhadiran pihak defendan, Kamal.

Menurut peguam syarie yang mewakili Uqasha, Nurfarhana Abd Manaf, hakim menetapkan tarikh baharu itu bagi memberi ruang kepada Kamal untuk hadir dan menyatakan sama ada bersetuju atau sebaliknya dengan tuntutan perceraian yang difailkan oleh Uqasha pada 1 Oktober lalu.

“Pada prosiding pertama, pihak defendan tidak hadir, namun diwakili oleh peguam syarie. Alasan yang diberikan ialah beliau sedang menjalani penggambaran. Jadi kes ditangguhkan ke tarikh baharu,” jelas Nurfarhana.

Tambahnya, perceraian difailkan di bawah Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam dengan alasan tiada lagi persefahaman antara pasangan tersebut.

“Alasan utama seperti biasa, tiada persefahaman dalam rumah tangga. Kami tidak akan mengulas lebih lanjut mengenai sebab peribadi. Kita serahkan kepada takdir, kalau ada jodoh, ada. Kalau tidak, mungkin inilah pengakhirannya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, ketika hadir di mahkamah, kelihatan tenang dan enggan mengulas panjang mengenai keputusan yang diambil.

Aktres itu sekadar mengangguk kepala apabila ditanya sama ada benar nekad untuk meneruskan perceraian terhadap suaminya.

Pelakon drama Jika Cinta Itu Buta itu turut berharap agar tiada pihak mengaitkan anak mereka, Hawra Uqaira, dalam kemelut rumah tangga yang sedang dihadapi.

“Kalau boleh, saya tak mahu isu ini melibatkan anak. Fokus saya hanya pada proses perceraian. Anak sekarang bersama saya dan Alhamdulillah, saya okay.

“Selagi perkara ini tidak memudaratkan diri dan kesihatan saya, saya akan terus kuat demi diri dan anak,” ujarnya ringkas.

Sementara itu, Uqasha memilih untuk tidak memberi sebarang komen berhubung hantaran Kamal di Instagram yang menyatakan rasa cinta terhadap dirinya dan anak mereka.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam satu majlis tertutup di Janda Baik, Pahang, dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.

Related post

Leave a Reply