Tak Popular Ketika Bersama Wonder Girls, Sunmi Akui Jadi Tukang Sampaikan Hadiah Kepada Anggota Lain

Tak Popular Ketika Bersama Wonder Girls, Sunmi Akui Jadi Tukang Sampaikan Hadiah Kepada Anggota Lain

Sunmi baru sahaja mendedahkan beberapa pengalaman perit ketika menjadi ahli Wonder Girls.

Penyanyi itu mendedahkan hal berkenaan sewaktu menjadi tetamu memnerusi saluran YouTube SPNS TV.

“Semasa saya dalam Wonder Girls, saya dikenali sebagai ‘Delivery Sunmi’. Peminat akan berkumpul di syarikat dan menyerahkan hadiah kepada saya untuk disampaikan kepada ahli lain.

“Mereka akan berkata, ‘Maaf Sunmi, boleh tak awak sampaikan ini kepada ahli tertentu?’ Dan saya pun akan menyampaikannya.

“Ia sangat menyakitkan. Saya bukan pun orang yang menerima hadiah, saya cuma penyampai,” katanya.

Sunmi berkata, dia sedar dirinya adalah antara ahli yang paling kurang popular kerana hal itu dan beberapa pengalaman lain.

“Berbanding ahli lain, saya agak kurang popular. Saya tidak menonjol dalam nyanyian atau tarian, saya bukan yang paling cantik, dan badan saya pun biasa-biasa. Saya tahu saya dilihat sebagai ahli dengan penampilan paling kurang.

“Di festival atau persembahan universiti, setiap ahli akan beri ucapan kepada penonton, dan masa itu memang jelas beza kuat sorakan untuk setiap ahli. Sekarang mungkin saya boleh anggap ‘itulah realitinya’, tapi sebagai remaja 16 tahun ketika itu, ia sangat menghancurkan perasaan,” luahnya.

Layanan tidak seimbang itu sangat memberi impak yang mendalam kepada Sunmi.

“Saya baru tingkatan 3, dan saya jadi sangat murung. Saya tak tunjukkan, tapi saya mula fikir, ‘Apa guna senyum dan beri salam ceria kalau tiada siapa pun nak bersorak untuk saya?’” luahnya lagi.

Sunmi menutup wawancara itu dengan mengatakan yang dia kini berada di tempat yang jauh lebih baik, namun cabaran yang dihadapinya dulu sangatlah berat.

“Saya rasa sangat bebas sekarang, tetapi jika saya perlu kembali ke situasi itu hari ini, saya rasa saya akan tetap terluka juga,” tutupnya.

Related post

Leave a Reply