Sophia Albarakbah Sasar Nikah Sebelum Usia 36

PELAKON, Sophia Albarkbah, 31, mengakui sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dan menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Pemilik nama lengkap Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman menyasarkan untuk menamatkan zaman bujang lima tahun daripada sekarang.

“Kalau disoal kepada saya sama ada sudah bersedia atau belum untuk berkahwin, jawapan saya sudah pasti sedia.

“Namun waktu dan ketikanya itu bila, saya tidak boleh janjikan. Saya sasarkan untuk berkahwin selewat-lewatnya adalah umur 36 tahun.

“Jadi sementara mencari jodoh yang sesuai, fokus saya sekarang adalah kerjaya,” katanya.

Tambah pekakon filem Saka Perawan itu, dia hanya akan berkahwin dengan pasangan pilihan sendiri dan bukan atas pilihan keluarga.

Katanya, dia percaya jodoh dan cinta yang tepat datang pada waktu yang sesuai dengan izin Ilahi.

“Saya akan kahwin dengan pilihan saya sendiri, bukan dengan pilihan keluarga. Yang akan hidup dengan lelaki itu adalah saya, jadi biarlah saya tentukan siapa pasangan saya.

“Selagi belum jumpa, saya akan tunggu. Saya percaya jodoh yang tepat itu akan datang bila tiba waktunya yang sesuai,” jelasnya lagi.

Related post

Leave a Reply