Sentuh Janggut Guna Kaki & Cium Tapak Kaki Hanya Kemera – Faizal Hussein

PELAKON Faizal Hussein mendedahkan babak sensitif dalam drama Bidaah yang memaparkan beberapa adegan panas termasuk adegan janggut diusap menggunakan kaki aktres, Vanidah Imran adalah teknik helah kamera.

Tidak bersentuhan antara satu sama lain, Faizal, 57, berkata, adegan itu merupakan sebahagian daripada tuntutan skrip dan dia hanya menjayakan watak bernama Abuya dalam naskhah itu.

“Babak kaki Vanidah sentuh janggut saya, kami tak bersentuhan pun kerana itu adalah janggut palsu. Untuk babak intim pula pengarah banyak bermain dengan kaedah artistik.

“Untuk babak orang cium kaki serta minum air basuhan kaki Abuya, itu lebih kepada teknik helah kamera. Saya menghormati Erma sebagai penulis dan apa yang ditunjukkan itu adalah diangkat daripada kisah besar.

“Tak perlulah saya nak bercakap lebih lanjut. Dalam siri drama yang menyesatkan dalam Malaysia, drama ini paling dekat dengan realiti sebab saya rasa babak-babak yang ada dalam siri ini memang berdasarkan kisah benar,” kata Faizal dalam satu sidang media, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Faizal berkata, dia tidak mengambil hati apabila netizen mengkritik lakonanya dalam drama tersebut yang mengisahkan seorang tokoh agama membawa ajaran sesat.

“Memang drama itu tengah tular sekarang. Telefon saya tidak henti-henti menerima notfikasi. Tapi saya tak pernah anggap itu satu tekanan pun. Sebelum buat kerja lagi saya dah boleh tahu pasti akan tular.

“Lebih-lebih lagi membabitkan babak yang saya dan Vanidah Imran lakonkan. Memang akan tular, tapi tular yang sihat. Anak-anak tidak juga tertekan dan tidak pedulipun. Mereka macam dah faham,” ungkapnya lagi.

Selain Faizal dan Vanidah, drama arahan Pali Yahya yang disiarkan di plaftorm penstriman Viu itu turut menampilkan Fattah Amin, Riena Diana, Marisa Yasmin, Hasnul Rahmat, Fazlina Ahmad Daud, Fatiya Latiff dan ramai lagi.

Related post

Leave a Reply