Rossa Rancang Kejutan Buat Peminat Di KL
BEBERAPA pembaharuan dirancang oleh penyanyi Rossa saat mengumumkan siri konsert Here I Am yang bakal diadakan di Kuala Lumpur tidak lama lagi.
Selain mahu memberikan kesegaran dengan beberapa konsep baharu yang sedang dirancang- semuanya dilakukan bagi memberikan pengalaman berbeza kepada peluang setianya di sini.
“Konsert Here I Am akan menampilkan sesuatu yang lebih segar, kreatif dan sangat berbeza daripada konsert-konsert saya sebelum ini kerana melibatkan banyak kolaborasi, kejutan dan konsep yang saya yakin pasti membuatkan semua teruja menontonnya,” katanya.
Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Takkan Berpaling Dari-Mu ini lagi, nama Here I Am itu sendiri adalah refleksi dari perjalanan kerjaya beliau serta legasi yang telah dicapainya hingga kini.
“Here I Am itu menggambarkan perjalanan kerjaya saya yang telah membawa saya sejauh ini, menjadikan siapa diri saya pada hari ini dan saya percaya, pernyataan ini juga terkait dengan semua orang.
“Saya ingin merayakan momen ini adalah kita yang sekarang selepas melalui pelbagai dugaan. Saya berharap hari ini kita boleh berbangga dengan diri sendiri dan membawa kita untuk terus ke depan,” ujarnya dalam satu sidang media baru-baru ini.

Rossa berkata, konsert kali ini bakal membawa penonton menelusuri perjalanan seninya menerusi beberapa segmen antaranya dance, runut bunyi, galau bersama 27 lagu sepanjang tiga jam persembahan.
“Here I Am akan menjadi salah satu konsert terbaik saya dan saya mahu ia dinikmati sebanyak mungkin orang. Konsert ini akan memberikan rasa yang istmewa buat semua yang menonton, terutama Pecinta Rossa menerusi pengisian sepanjang ia berlangsung.
“Banyak yang kami rancang termasuk kolaborasi bersama penyanyi undangan, membabitkan bintang dari kedua-dua negara. Malaysia umpama rumah kedua saya dan saya perlu berlaku adil kepada semua peminat, baik di Indonesia mahupun di Malaysia,” katanya.
Konsert Here I Am yang dianjurkan oleh Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Inspire Production dengan kerjasama promosi dan pemasaran dari Sah Entertainment selain mendapat sokongan dari Maybank sebagai rakan strategik Perbankan.
Bakal berlangsung pada 14 Jun ini Axiata Arena Kuala Lumpur konsert Here I Am turut
diadakan di Jakarta, Indonesia dan Singapura tahun ini.