Riena Diana Ludah Muka Faizal Hussein
Demi menjiwai watak, pelakon, Riena Diana terpaksa meludah ke muka aktor, Faizal Hussein sewaktu menjayakan satu adegan dalam drama Bidaah.
Mengakui berasa takut untuk melakukan hal itu, pemilik nama lengkap Nur Qamarina Diana Zulreal bahkan bertanya berkali-kali kepada Faizal dan pengarah untuk tidak melakukan babak tersebut.
“Saya kena ludah muka abang Faizal. Ampunkan saya. Masa buat adegan ini banyak kali tanya pengarah dengan abang Faizal.
“Saya tanya kalau tak buat adegan ini tidak boleh ke? Sebab saya sangat takut,” kongsinya menerusi hantaran di Instagram.
Meskipun berasa khuatir, Riena bagaimanapun percaya penonton faham bahawa adegan itu hanya sekadar lakonan semata-mata.
“Tapi mereka sempoi dan penonton mesti faham ini hanya lakonan sahaja,” tuturnya.
Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruang komen memuji lakonan Riena membawakan watak bernama Baiduri dalam naskhah tersebut.