Rider Kantoi Kencing Depan Lif, Penduduk Flat Di Cheras Tuntut Tindakan Tegas

Rider Kantoi Kencing Depan Lif, Penduduk Flat Di Cheras Tuntut Tindakan Tegas

Seorang penghantar makanan (rider) dikecam hebat selepas didakwa kencing di depan lif di sebuah flat di Cheras baru-baru ini. Insiden berkenaan dirakam oleh CCTV bangunan berkenaan.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 2 petang itu menjadi tular dengan pantas dan mencetuskan kecaman luas daripada netizen.

Menurut hantaran Facebook yang mendedahkan perbuatan tersebut, rider berkenaan baru sahaja selesai membuat penghantaran makanan sebelum dilihat berjalan ke koridor berhampiran lif dan membuang air kecil betul-betul di pintu lif.

“Dia ingat ini tandas awam ke? Langsung tak ada kesedaran sivik!

“Penduduk penat-penat hias dan cat semula koridor, dan dia sesuka hati kencing di sini. Ini juga salah satu sebab kenapa lif sering rosak,” tulis pengadu tersebut.

Selepas hantaran itu tular, netizen mengecam tindakan rider berkenaan dan menggesa pihak berkuasa serta syarikat penghantaran makanan memperketatkan pemantauan bagi memastikan rider menjaga kebersihan awam dan profesionalisme asas.

Komen netizen:

“Eh… tak bertamadun langsung. Memang naik angin tengok macam ni.”

“Kaki kencing rupanya… Yang paling menyakitkan hati, dewan tu tak sampai seminggu pun siap cat. Baru je siap cat dan pasang CCTV, tiba-tiba ada pula yang kencing sini. Tak tengok sekeliling ke? Satu dewan bau cat baru pun masih ada.”

Sumber: Facebook

Related post

Leave a Reply