Dharma Harun Meninggal Dunia

Dharma Harun Meninggal Dunia

Pelakon veteran era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, dilaporkan meninggal dunia di rumahnya hari ini. 

Berita duka itu disahkan oleh anak keduanya, Muhammad Al Syafiq, 36, yang memaklumkan bahawa Allahyarham ditemui tidak bernyawa ketika dia pulang dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) sekitar jam 9.10 malam.

Menurut Syafiq, sebaik tiba di rumah, dia mendapati bapanya terbaring kaku.

“Saya baru balik kelas. Dia jatuh. Tubuh badannya dah keras dan sejuk. Saya pusing mana pun dia keras. Saya sudah panggil ambulans,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Allahyarham, berusia 69 tahun, tinggal bersama dua orang anaknya, Muhammad Al Syafiq dan Siti Qurratu Aini, 37 dan kedua-duanya masih mengikuti pengajian di ASWARA.

Related post

Leave a Reply