history

PERSATUAN SENIMAN MALAYSIA atau lebih dikenali sebagai “SENIMAN” telah didaftar dengan rasminya pada tahun 1974 selaku sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memperjuangkan pelbagai nasib para penggiat seni tanahair. Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) adalah persatuan artis yang paling lama ditubuhkan untuk memperjuang, membela, menjaga kebajikan dan meningkatkan imej artis Malaysia. Ditubuhkan pada 1974 hasil usaha sama Ahli Parlimen Setapak, Idris Ibrahim, pelakon Zainuddin Zimbo dan beberapa pelakon Studio Merdeka, Kuala Lumpur.

Selaku persatuan hiburan yang tertua di Malaysia dan bertemakan tagline “ ANAK SENI PEWARIS BUDAYA, SENIMAN RAKYAT UNTUK NEGARA “, Ia ditubuhkan atas daya usaha Presiden SENIMAN yang terdahulu , Zainuddin Zimbo sebagai presiden yang pertama serta di bantu oleh rakan rakannya yang lain, setelah melihat berbagai masalah dan kemelut yang menyelubungi industri hiburan dan seni tanahair.

Penubuhan SENIMAN ketika itu ialah bagi menggantikan Persatuan Artis-Artis Malaysia (PERSAMA) yang pernah dipimpin oleh P Ramlee di Studio Jalan Ampas, Singapura pada tahun 1960-an. Zainuddin juga diangkat sebagai presiden SENIMAN pertama, selain antara anak seni yang pernah memegang jawatan terbabit ialah Datuk Baharuddin Omar (Anjang Aki), Abu Bakar Kassim, Datuk Ismail Hudson, Datuk Aziz Singah, Datuk Mustapha Maarof dan Harun Salim Bachik. Jawatan presiden sekarang dipegang pelakon Zed Zaidi untuk penggal 2014/2016.

Zainuddin Zimbo

Founder of Seniman

Rozaidi Abd. Jamil @Zed Zaidi

Current President of Seniman

remarkable Progress

SENIMAN yang kini dianggotai seramai hampir 5,000 orang ahli dari kalangan artis, pekerja industri hiburan, dan sebagainya mampu menjadi salah satu payung bagi insan seni berteduh. Memasuki episod kematangan SENIMAN yang juga Persatuan Anak Seni Tertua di Malaysia yang kini sudah berusia 41 tahun, menyaksikan SENIMAN terus memperjuangkan hak dan keistimewaan golongan artis bagi memastikan kebajikan mereka turut mendapat pembelaan kerajaan dan tidak lagi ditindas oleh pihak yang berkepentingan.

Seterusnya diatas hasil usaha Zainuddin Zimbo dan semua Presiden SENIMAN, persatuan ini telah menjalankan berbagai usaha dan senantiasa turun naik ke kementerian kementerian yang berkenaan untuk menangani hal-hal berkaitan dengan artis dan industri hiburan tanahair.

Melalui peraturan Syarat Citra Padu yang diperkenalkan FINAS mewajibkan pelakon untuk menjadi ahli SENIMAN sahaja yang layak untuk berlakon dalam mana-mana drama TV dan filem. Ia sekaligus menjadi persatuan untuk pelakon yang diiktiraf kerajaan dengan menyediakan data keahlian kepada badan kerajaan terbabit untuk melindungi hak dan keistimewaan pelakon terbabit.

SENIMAN ketika dipimpin Mustapha Maarof juga adalah persatuan yang memainkan peranan penting menyebabkan kerajaan menyahut seruan untuk mengisytiharkan 29 Mei setiap tahun sebagai Hari Seniman Malaysia, bermula pada 2008. Kini, di bawah kepemimpinan tenaga muda yang diterajui Zed Zaidi, menjadikan persatuan ini mengalami transformasi mendadak apabila ia semakin bergerak agresif dan berani bersuara memperjuangkan nasib anak seni dan menangani isu yang berlaku di sekeliling industri hiburan Negara.

Kini SENIMAN mempunyai Presiden Rozaidi Abd. Jamil @Zed Zaidi, presiden yang termuda dan menjadi presiden yang ke 9 membawa halatuju SENIMAN ke tahap yang lebih tinggi, lebih proaktif dan fleksibel selaras dengan tagline beliau ”BERUBAH UNTUK TRANSFORMASI”. Beliau telah membawa SENIMAN ke tahap yang lebih membanggakan serta giat menjalankan program kebajikan ahli seperti Kad Diskaun 1Malaysia, Insuran SENIMAN dan Skim Projek Perumahan PR1MA disamping banyak terlibat membantu para ahlinya yang mengalami pelbagai kesulitan. Usaha murni yang tidak putus-putus saban hari ini menjadikan SENIMAN sebagai sebuah persatuan yang paling aktif kini didalam membantu para seniman tempatan.

Visi Dan Objekif

  • Menyatu-padukan seluruh ahli-ahli yang terdiri dari ARTIS yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di bidang SENI, tanpa mengira asal keturunan mereka asalkan ianya seorang warga negara atau penduduk tetap Malaysia.
  • Menggalakkan ahli-ahli untuk meninggikan taraf hidup mereka dan membuat kerja-kerja amal dan kebajikan.
  • Berusaha untuk mengembang dan meninggikan prestasi kebudayaan Melayu ke taraf antarabangsa dan berusaha mengekalkan kebudayaan Melayu sebagai teras kebudayaan nasional.
  • Berusaha dari masa ke semasa untuk mengisi tabung kewangan Persatuan bagi tujuan pentadbiran dan kebajikan ahli serta menjalankan semua kegiatan Persatuan melalui undang-undang yang sah.
 
 

profile President

[hm_resume_manager]

Carta Organisasi

Rozaidi Abd. Jamil @Zed Zaidi

Presiden

Zulkifli Mohamad @ Zack Kool

Timbalan Presiden

Mohd Hafiz B, Mohd Nafiah

Setiausaha Agung

Miszaina Bt Mansor @ Rena Tan

Penolong Setiausaha

Zarina Bt Mohamad Nor

Bendahari

Gabbie Hanna

Bureau Chief, UK

Gabbie Hanna

Senior News Editor

Gabbie Hanna

Senior News Editor

office locations

Wisma PFM, No 301-C, Lorong Perak, Melawati Square, 53100 Kuala Lumpur 03 - 41055442

1747 Connecticut Ave. N.W. Washington, DC 20009 (202) 986-0916

666 Broadway, 11th Floor New York, NY 10012 (212) 420-5720

2300 E. Imperial Highway El Segundo, CA 90245 (213) 283-2274

advertise

For 51 years, Seniman’s readers have turned to us for fair, independent-minded coverage of the things that matter. Our reporting and commentary on politics, policy, technology, and pop culture draw a loyal and engaged audience of millions of readers, viewers, and listeners.

For all advertising inquiries, please contact:

Andy Sonnenberg
National Advertising Director
1 World Trade Center
New York, NY 10007
[email protected]