“Nanti Mati Pemandu Dipersalahkan” – Lelaki Tidur Di Tengah Jalan Demi Konten
Seorang lelaki dikecam hebat oleh netizen selepas memuat naik kandungan tidur di tengah jalan.
Kejadian itu dilaporkan berlaku di Pulau Flores dalam wilayah Nusa Tenggara Timur, baru-baru ini.
Menerusi klip video yang dimuat naik di sebuah akaun Instagram, lelaki berkenaan dilihat terbaring di tengah jalan yang sedang sibuk.
Disebabkan terkejut melihat lelaki berkenaan, pengguna jalan raya cemas dan terpaksa memberhenti kenderaan bagi mengelakkan berlakunya kemalangan.
Sungguhpun pengguna jalan raya berkali-kali membunyikan hon, namun, lelaki berkenaan langsung tidak bergerak.
Video tersebut menerima lebih 76,200 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Konten lebih berharga dari nyawa,” kata seorang netizen.
“Nanti mati, pemandu pula dipersalahkan,” kata pengguna media sosial lain.