Dapat Gaji Dalam Bentuk Duit Syiling Gara-Gara Bermasalah Di Tempat Kerja

Disebabkan tuduhan bermasalah di tempat kerja, seorang bekas pekerja kedai minuman di Taiwan menerima gaji terakhir sebanyak NT$6,972 (RM938) dalam bentuk syiling.

Difahamkan, pekerja berkenaan menerima ‘hukuman’ tersebut gara-gara kerap melakukan masalah di tempat kerja.

Dikenali sebagai Liun, wanita berusia 19 tahun itu berkongsi perkara berkenaan di media sosial selepas dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja.

Menurut Liu, gaji dalam bentuk syiling yang diterimanya diletak dalam sebuah beg plastik.

Syiling tersebut terdiri daripada dominasi NT$1 (RM0.13), NT$5 (RM0.67) dan NT$10 (RM1.34). Disebabkan dia menerima gaji dalam bentuk syiling, wang tersebut mengambil masa selama sejam untuk dimasukkan ke dalam bank.

“Saya dapati syiling NT$20 (RM3) pula tidak cukup dan apabila saya bertanya kepada majikan, dia bergurau dengan orang lain ‘ada pengemis datang, beri dia NT$20’,” kata Liu.

Dalam masa sama, bekas majikan Liu mempertahankan tindakannya. Majikan berkenaan berkata, tindakannya itu dijadikan sebagai pengajaran kepada Liu yang sering bersikap buruk terhadap rakan sekerja dan kerap ponteng kerja.

“Saya memberitahu Liu, apabila kita bekerja, kita perlu hormat orang lain dan berkomunikasi dengan baik. Tetapi dia menjawab bahawa sikap tidak sabarnya disebabkan baru bangun tidur.

“Liu turut meminta pendahuluan gaji meskipun baru bekerja sebulan. Dia juga pernah tidak hadir tanpa makluman selama tiga hari,” tambah majikan seperti dilaporkan South China Morning Post.

Liu kemudian ditawarkan untuk menukar duit syiling tersebut dengan wang kertas sekiranya dia memohon maaf tetapi ditolak.

Related post

Leave a Reply