Keluarga Haslam Kini Miliki 5 Filem Dengan Kutipan Tertinggi Malaysia

Filem Blood Brothers: Bara Naga mencuri perhatian ramai selepas berjaya mengutip RM45.7 juta untuk penjualan tiket sejak ia ditayangkan di pawagam dua minggu lalu.

Sekaligus, jumlah kutipan ini melayakkan filem arahan Syafiq Yusof itu menduduki tempat kelima sebagai filem dengan kutipan terbanyak di Malaysia sepanjang zaman.

Menariknya, tempat pertama hingga keempat diungguli turut diungguli oleh dua filem Syafiq yang lain, serta abangnya Syamsul Yusof.

Tempat pertama filem Mat Kilau: Kebangkitan pahlawan dengan kutipan RM97.4 juta, tempat kedua Sheriff: Narko Integriti (RM63.2 juta), Polis EVO 3 (RM54.1 juta) dan Munafik 2 (RM48 juta).

Sebelum ini, tempat kelima dimiliki oleh filem Hantu Kak Limah dengan kutipan RM36.4 juta.

Pencapaian Blood Brothers: Bara Naga dalam industri perfileman ini juga menjadikan empayar Yusof Haslam dalam bidang perfileman semakin kukuh.

Related post

Leave a Reply