Pempengaruh Popular Minta Sumbangan Sambutan Raya Dikecam

Baru-baru ini, satu perkongsian Facebook yang dibuat oleh pasangan pempengaruh popular meraih perhatian netizen.

Menerusi hantaran itu, pempengaruh berkenaan dan isterinya dikatakan mahu mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menerusi sambutan itu, pasangan itu didakwa akan menjemput anak yatim, pelajar tahfiz dan juga golongan asnaf.

Justeru, pasangan tersebut memberi kesempatan kepada orang ramai yang ingin membantu, menyalurkan sumbangan kepada akaun peribadi milik mereka.

Namun, tindakan pempengaruh itu telah menimbulkan syak wasangka dalam kalangan pengguna media sosial.

Menurut seorang wargamaya, meminta derma tidak seharusnya datang daripada pasangan tersebut, yang sering dilihat berbelanja mewah untuk tampil berbeza di media sosial.

“Ada orang “tag” aku. Terkejut aku tengok pasangan yang tular dengan menunjukkan kemewahan dan kekayaan mereka buat hantaran untuk mengutip derma. Siap letak nombor akaun sendiri lagi.

“Korang rasa-rasalah, adakah ini perangai orang kaya ini sepatutnya lakukan? Bukan sepatutnya dia tulis: ‘Siapa nak duit raya, tinggalkan nombor akaun anda!’,” katanya.

Melihat pada kenyataan berkenaan, ramai dalam kalangan netizen turut menzahirkan rasa bersetuju dan mempersoalkan tindakan pempengaruh tersebut.

Ada di antara mereka menyatakan bahawa adalah lebih baik jika sumbangan tersebut diberikan secara terus kepada rumah anak yatim atau tahfiz tersebut.

Related post

Leave a Reply