Pengurus Nafi Erra Fazira Bernikah Secara Senyap

Baru-baru ini, sebuah laporan media mendakwa seorang pelakon terkenal tanah air sudah mendirikan rumah tangga secara senyap dengan jejaka pilihan hati, minggu lalu.

Susulan laporan tersebut, segelintir wargamaya memetik nama Erra Fazira dan mendakwa aktres itu adalah individu yang dimaksudkan.

Walau bagaimanapun, pengurus kepada Erra yang dikenali sebagai Sharendra Razak menafikan spekulasi tersebut dan menyifatkan dakwaan itu sebagai lucu.

Tegas Sharendra, pemilik nama lengkap Fazira Wan Chek, 51, masih berstatus ibu tunggal sehingga hari ini.

“Siapa pula yang cakap Erra sudah berkahwin? Erra belum berkahwin, dia masih solo,” katanya menerusi laporan BH online.

Sebelum ini, Erra mengakui sedang mengenali hati budi seorang lelaki yang dikenali sebagai Mr.E atau nama sebenar Ezwan Zain.

Mula rapat sejak Ogos tahun lalu, Erra berkata, dia selesa berkawan dengan lelaki tersebut dan semakin terbuka berkongsi keakraban mereka dalam media sosial masing-masing.

Malah, aktres itu juga memberitahu sudah membawa lelaki berkenaan berjumpa dengan ibunya.

Related post

Leave a Reply