Trending

“Pakai Comot, Orang Pandang Serong Masuk Restoran Fancy”

Pelakon, Nabila Huda, 41, berkongsi pengalaman kurang menyenangkan apabila pernah menerima layanan dingin ketika mengunjungi sebuah restoran mewah hanya kerana penampilannya yang sederhana.

Menurut Nabila, situasi itu berlaku ketika dia keluar dengan berpakaian ringkas yang tidak sepadan dengan suasana eksklusif premis berkenaan.

“Kadang-kadang terfikir juga, kenapa bila kita berpakaian santai atau nampak ‘comot’, orang akan pandang serong bila masuk restoran ‘fancy’?

“Ada masa saya keluar sekadar pakai baju-T dan selipar sebab malas nak bersiap, cuma pakai gincu sahaja. Tapi reaksi yang diterima seolah-olah tak layak berada di situ,” katanya menerusi sebuah hantaran.

Tambahnya, bukan sahaja kakitangan restoran, malah segelintir pelanggan lain turut memberikan pandangan sinis sehingga membuatkan dirinya berasa tidak selesa.

“Ada pandangan macam tak percaya, seolah-olah ‘betul ke dia nak makan di sini?’ Malah ada yang pandang seperti saya ini gelandangan. Padahal saya cuma nak makan saja,” ujarnya lahgi.

Dalam masa sama, Nabila menegaskan perkongsian tersebut bukan bertujuan untuk mendapatkan layanan istimewa sebagai selebriti, sebaliknya meluahkan rasa kecewa terhadap sikap prejudis berdasarkan penampilan luaran.

“Saya tak pernah rasa orang perlu kenal saya atau beri layanan lebih. Itu bukan isu. Apa yang saya persoalkan, kenapa layanan berbeza hanya sebab kita tak nampak ‘mewah’?

“Kita hidup dalam masyarakat berbilang kaum, tapi kenapa tanggapan pertama masih berdasarkan rupa dan cara berpakaian?” ungkapnya.

Jelasnya lagi, setiap pelanggan seharusnya dilayan dengan adil tanpa mengira penampilan.

“Tak boleh ke semua orang dilayan sama rata? Beri senyuman, walaupun pakaian kita tak setaraf pelanggan lain. Itu saja sebenarnya kerisauan saya,” katanya lagi.

Related Articles

Back to top button