Trending

Ozlynn Terserempak Jackie Chan Di R&R Seremban

Pelakon, Ozlynn Waty, 45, tidak menyangka apabila berpeluang bertemu secara berdepan dengan bintang aksi antarabangsa, Jackie Chan ketika singgah di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, beberapa tahun lalu.

Mengimbas kembali momen itu, pemilik nama sebenar Rozlinawaty Ismail, berkata, pertemuan yang berlaku sekitar pukul 1 pagi itu berlaku ketika dia bersama suaminya, Johan, sedang berada di lokasi berkenaan.

Menurutnya, detik tersebut berlaku begitu pantas sehingga mereka tidak sempat merakamkan sebarang foto atau video sebagai kenangan.

“Jackie Chan! Kami berjumpa di R&R Seremban pada pukul 1:00 pagi. Kami tidak sempat untuk mengambil gambar bersama, tetapi soalan pertama yang keluar daripada mulut saya adalah, ‘Mr Jackie?’

“Dia menjawab ya, memang dia individu berkenaan. Selepas itu, kami terus memberitahu dia bahawa kami merupakan peminatnya,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Ozlynn turut mendedahkan Jackie ketika itu dalam perjalanan menuju ke Singapura bersama konvoi kereta mewah.

“Dia mahu menuju ke Singapura bersama sekumpulan kereta Lamborghini. Kumpulan kenderaan tersebut dianggarkan dalam lingkungan tujuh hingga lapan buah,” ujarnya.

Perkongsian itu dibuat sebagai respons kepada satu soalan yang diajukan akaun penstriman digital, Viu Malaysia, mengenai pengalaman paling tidak dapat dilupakan apabila terserempak dengan selebriti terkenal.

Related Articles

Back to top button