
Usahawan yang juga kakak kepada selebriti terkenal Neelofa, Noor Nabila mencuri perhatian ramai apabila memuat naik beberapa keping foto bersama seorang jejaka di akaun media sosialnya.
Dalam salah satu foto yang dikongsikan, Noor Nabila tampil anggun mengenakan dres berona ungu sambil dipeluk oleh lelaki berkenaan yang berbaju putih, berlatarbelakangkan hiasan bunga-bungaan yang indah.
Bagaimanapun, wajah jejaka tersebut tidak didedahkan apabila Nabila memilih untuk menutupnya menggunakan emoji berbentuk hati.
Selain momen berpelukan, Nabila turut berkongsi foto lelaki berjambang itu bersama anak lelakinya, Jebat Jayden sekali gus mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan pengikutnya.
Perkongsian berkenaan menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya menitipkan doa agar hubungan Noor Nabila dengan jejaka tersebut berkekalan dan diberkati.
Terdahulu, Noor Nabila pernah mendirikan rumah tangga bersama Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 19 Mac 2021 sebelum disahkan bercerai pada 25 September 2023.
Sebelum itu, Nabila juga pernah berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017, namun perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian pada 9 Julai 2020.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jaydeen.



