Gaya HidupTrending

Didakwa Sedang Hamil? Amira Othman Mohon Privasi

Penyanyi dan pelakon, Amira Othman, 32, memohon agar diberikan ruang dan privasi susulan khabar angin yang mendakwa dirinya kini sedang hamil.

Menurut Amira, walaupun bergelar selebriti sering dianggap sebagai milik umum, dia tetap berharap dapat menjalani kehidupan peribadi seperti orang lain tanpa tekanan spekulasi berlebihan.

“Sebelum kahwin orang tanya pasal kahwin. Apabila sudah kahwin, orang tanya pasal mengandung.

“Insya-Allah, kalau ada waktu sesuai pasti akan saya kongsi. Cuma saya mohon sedikit privasi dan ruang.

“Saya minta doa baik-baik daripada semua peminat dan pengikut,” katanya.

Bagaimanapun, Amira mengakui tidak pernah berasa lelah walaupun sering diasak dengan persoalan sama, memandangkan dia memahami perkara tersebut merupakan lumrah sebagai seorang figura awam.

“Saya tidak bolehlah hendak penat sebab ini memang lumrah sebagai ‘public figure’. Kadang-kadang soalan saya sudah jawab pun akan ditanya lagi.

“Sama macam kita buat siaran langsung TikTok. Walaupun sudah jawab, mesti akan ada lagi yang bertanya soalan sama.

“Bagi saya itu perkara biasa. Kalau kita tak mahu orang tanya soalan begini, mungkin kita tak patut berada dalam industri seni,” jelasnya lagi.

Isteri kepada aktor Fattah Amin itu bagaimanapun mengakui enggan memberikan komen lanjut kerana tidak bersetuju dengan sesetengah spekulasi yang tercetus.

Dalam masa sama, Amira berharap orang ramai terus mendoakan perkara yang baik-baik buat dirinya dan bersyukur atas sokongan yang diberikan selama ini.

Sebelum ini, timbul spekulasi bahawa Amira sedang hamil selepas kelihatan seperti ‘baby bump’ dalam beberapa klip video yang tular, baru-baru ini.

Untuk rekod, Fattah dan Amira mendirikan rumah tangga pada 14 September tahun lalu.

Related Articles

Back to top button