Niat Mahu Mencuri, Wanita Ditangkap Telan Cincin Emas

SEORANG wanita ditahan pihak berkuasa selepas didakwa menelan beberapa bentuk cincin emas dengan niat mencuri di sebuah kedai emas di India.

Menerusi laporan media, kejadian tersebut berlaku di Pasar Silay di bandar Nihar, Bihar, India pada Khamis.

Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan semula di media sosial, dua orang wanita dilihat mengunjungi kedai berkenaan.

Apabila tiba di kedai tersebut, kedua wanita itu meminta untuk melihat koleksi barang kemas yang ada.

Namun, sewaktu pekerja tidak mengawas pelanggan-pelanggan itu, kedua wanita tersebut mengambil beberapa barang kemas dan menelannya.

Selepas menelan barang kemas berkenaan, mereka dilihat berpura-pura tidak berminat dengan koleksi berkenaan.

Pekerja di sana sedar dengan kehilangan barang kemas dan memeriksa rakaman CCTV.

Ketua Polis Silay, Mohammad Irfan Khan memberitahu, kedua-dua suspek ditahan dan dibawa ke balai polis.

“Siasatan sedang giat dijalankan,” tambahnya.

Related post

Leave a Reply