Muzium Louvre Ditutup Selepas Dirompak, Perhiasan Bernilai Sejarah Napoleon Dicuri

Muzium Louvre Ditutup Selepas Dirompak, Perhiasan Bernilai Sejarah Napoleon Dicuri

Muzium Louvre yang terletak di Perancis ditutup selepas satu berlakunya rompakan yang dilaporkan hanya mengambil masa beberapa minit sahaja.

Walaupun butiran lengkap mengenai barangan yang dicuri belum didedahkan, pihak berkuasa Perancis mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya sembilan barang kemas yang mempunyai nilai warisan dan sejarah yang tidak ternilai telah hilang.

Penjenayah tersebut didakwa menggunakan tangga pembinaan untuk memasuki kawasan muzium dan mereka dipercayai menyamar sebagai pekerja binaan.

Menurut laporan ABC, barang kemas yang dicuri itu pernah menjadi milik Napoleon dan isterinya.

Satu mahkota bertatahkan berlian dan zamrud ditemui dalam keadaan pecah berhampiran Louvre selepas kejadian, menurut sumber yang rapat dengan siasatan.

Menteri Dalam Negeri Perancis, Laurent Nunez memaklumkan bahawa kumpulan suspek melarikan diri dengan motosikal skuter dan dipercayai melibatkan tiga hingga empat perompak.

Beliau turut mendedahkan, kumpulan perompak yang berpengalaman itu memecahkan tingkap luar menggunakan pemotong cakera (disc cutter) untuk menceroboh masuk. Barang kemas tersebut sebelum ini disimpan di belakang kaca pameran.

Difahamkan, siasatan kini sedang dijalankan.

Sumber: Mothership

Related post

Leave a Reply