Muaz Zabir Nafi Ibu Tak Suka Bella Astillah Sebab Status ‘Janda’

Pelakon Muaz Zabir, 28, menafikan dakwaan mengatakan ibunya tidak merestui hubungannya dengan Bella Astillah disebabkan aktres itu memikul gelaran ibu tunggal.

Menurut Muaz, hubungan antara ibunya dengan Bella dalam keadaan baik, malah mereka pernah berjumpa untuk beberapa kali.

“Tolong berhenti cakap yang mak saya tak suka ibu tunggal dan berhenti kata mak saya tak suka Bella.

“Hubungan Bella dengan mak saya baik, malah Bella pernah jumpa dan makan bersama mak. Mereka tiada sebarang masalah,” kongsinya ketika ditemui, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Muaz berharap orang ramai tidak campur aduk urusan kerjaya mahupun kontroversi terpalit dirinya dengan keluarga.

Katanya, segala isu yang berlaku sebelum ini adalah sepenuhnya tanggungjawab diri sendiri.

“Apa pun yang berlaku dan ada kesalahan saya dalam dunia ini, tolong jangan babitkan keluarga termasuk mak mahupun kawan-kawan saya.

“Apa yang terjadi antara saya dengan Bella sebelum ini, tiada kena mengena dengan keluarga,” tegasnya.

Sebelum ini, Muaz dan Bella dilihat begitu mesar sehingga timbul dakwaan mengatakan mereka menjalin hubungan cinta.

Namun, lama-kelamaan, mereka dilihat jarang bersama dan tidak lagi berkongsi momen romantis seperti mana dilakukan sebelum ini dalam media sosial masing-masing.

Related post

Leave a Reply