Lagi Bukti Didedahkan – “Bila Saya Boleh Pegang Awak?

SATU lagi bukti yang menunjukkan pelakon Kim Soo Hyun pernah bertukar-tukar mesej bersama mendiang Kim Sae Ron tersebar di alam maya.

Terkini, wakil peguam keluarga Sae Ron, Bu Ji Seok mendedahkan beberapa tangkap layar mesej yang dihantar oleh Soo Hyun bertarikh Jun 2016.

Ketika itu, Sae Ron masih di bawah umur.

Menerusi mesej berkenaan, kelihatan mereka sedang bermesra berdua, sekaligus memberi gambaran Kim Soo Hyun menjalinkan hubungan cinta dengan Kim Sae Ron ketika mendiang berusia 17 tahun.

Selain emoji berbentuk hati dan ciuman, Soh Hyun turut menghantar teks ingin memegang Sae Ron untuk tidur.

KSR: Saya tidak akan bangun.
KSH: Ya, awak tidak akan sedar walaupun saya mencium awak.
KSR: Saya tidak akan mencium awak walaupun awak melakukannya beberapa kali. Yay.
KSH: Bila saya boleh memegang awak dan tertidur? Saya rasa saya boleh tidur dengan lena sekali.
KSR: Ya, saya akan membenarkan awak melakukannya.

Sebelum ini, Soo Hyun mengaku yang dia pernah bercinta dengan Sae Ron, tetapi bukan ketika mendiang masih di bawah umur. Mengenai hal ini, peguam Bu Ji-seok mempersoalkan yang jika ini bukan hubungan percintaan, jadi apakah jenis hubungan tersebut?

Setakat ini, pihak Kim Soo Hyun masih belum mengeluarkan sebarang respon.

Sumber: Kimchidaily

Related post

Leave a Reply