Trending

Kekal Diam Ketika RM & Jin Berbual Soal Jodoh, Ramai Yang Dakwa V Sedang Bercinta

Khabar angin percintaan melibatkan V BTS sering kali timbul. Sejak dikatakan bercinta, V sering dikaitkan dengan anggota kumpulan BLACKPINK, Jennie.

Namun baru-baru ini pula, ada yang cuba mengaitkan V dengan Jang Wonyoung anggota kumpulan IVE.

Topik percintaan ini turut disebut sendiri oleh anggota BTS yang lain ketika sesi siaran langsung selepas konsert mereka di El Paso.

Jin, RM dan V berbual mengenai pelbagai topik termasuk hubungan dan kehidupan cinta mereka.

RM menyatakan rasa kagum apabila seseorang itu dapat menemui pasangan dengan cepat, sambil tertanya-tanya sama ada dia juga akan berpeluang mengalaminya suatu hari nanti.

Jin pula membalas bahawa kehidupan ini sukar dijangka.

Ketika perbualan itu berlangsung, V kekal diam, sesuatu yang turut disedari oleh peminat di media sosial.

Ramai membuat spekulasi bahawa sikap diam tersebut mungkin menandakan dia sedang berada dalam hubungan percintaan.

Namun, ada juga yang menolak andaian tersebut dengan menyatakan sikap diam V tidak semestinya membawa apa-apa maksud, dan menggesa orang ramai agar berhenti membuat spekulasi.

Related Articles

Back to top button