Julia Duclos Harap Eksperimen ‘Look and See’ Menjadi

Namanya mungkin agak asing bagi sebahagian peminat tetapi bagi yang sudah mengenali Julia Duclos pasti mengetahu bakat besar yang dimiliknya.

Tidak mahu duduk diam, Julia memberanikan diri melancarkan single Look and See sebagai tanda mata untuk peminat yang sering ternanti-nantikan hasil karyanya.

Jelasnya, naskhah ini begitu istimewa mencerminkan perjuangan Julia dengan konflik dalaman, keraguan diri dan perjalanan untuk mengutamakan dirinya. 

“Saya menulis Look and See pada suatu masa ketika saya benar-benar bergelut dengan konflik dalaman dan keraguan diri. Saya mahu lagu ini menggambarkan dialog dalaman yang saya alami pada ketika itu. 

“Karya ini seperti memberi motivasi kepada diri saya melalui cabaran saya, mengingatkan diri bahawa tidak mengapa untuk memperjuangkan kepentingan terbaik saya sambil tetap menjaga orang lain,” katanya.

Tambahnya lagi, apa yang ditulis merupakan ungkapkan emosi tulen dalam mengatasi cabaran, lagu ini berfungsi sebagai suatu lagu penenang untuk mereka yang menghadapi rintangan dan sebagai peringatan kuat tentang kekuatan yang datang dari pemerkasaan diri.

Proses penciptaan Look and See merupakan usaha kolaboratif yang berkembang secara semula jadi. Julia bekerjasama dengan Joek, seorang penerbit dari Malaysia, dan ini merupakan kali pertama beliau bekerja dengan seseorang di sini. 

Keserasian antara mereka amat jelas dan mereka membiarkan lagu itu berkembang secara semulajadi tanpa memaksa sebarang pengaruh luar.

“Kami tidak mahu memaksa apa-apa dan  biarkan ia menjadi apa yang ia harus jadi sewajarnya,” kata Julia lagi.

Bercerita mengenai proses pembuatan lagu pula, Joex menghabiskan banyak masa untuk memperbaiki susunan dan lirik lagu tersebut. 

Julia berharap agar naskhah Look and See diterima baik pendengar.

Salah satu detik penting dalam produksi adalah apabila Julia menambah gitar yang dirakam bersama abangnya bagi membantu membawa ‘roh’ lagu tersebut hidup, terutamanya pada bahagian lagu yang mencabar.

Video muzik (MV) untuk Look and See turut mencerminkan visi kreatif Julia. Dengan konsep yang diilhamkan oleh animasi gelap, fantasi dan juga unsur seram, MV ini menawarkan pengalaman sebenar ke dalam ‘dunia’ Julia. 

“Bahagian visual dalam seni saya sentiasa menjadi sesuatu yang saya ingin terokai lebih dalam.”

“Video ini adalah pengenalan kepada dunia saya. Saya mahu mencabar diri saya untuk mencipta sesuatu yang boleh dirasai oleh saya dan peminat saya pada tahap yang lebih tinggi,” tambahnya lagi.

Related post

Leave a Reply