Jenna Ortega Anggap AI Tiada Jiwa
Pelakon Jenna Ortega berpendapat, peningkatan populariti penggunaan AI (kecerdasan buatan) boleh diibaratkan membuka kotak Pandora.
Bintang siri popular Wednesday itu berkata, AI merupakan satu ciptaan yang tidak mempunyai jiwa.
“Ada daya tarikan dalam keadaan manusia. Sebagai manusia, kita cenderung, apabila melihat kembali sejarah, berfikir tentang sesuatu perkara terlalu dalam. Mudah sangat untuk merasa takut.
“Saya sendiri mengalaminya dalam saat ketidakpastian yang mendalam seperti ini. Dan rasanya seolah-olah kita telah membuka kotak Pandora.
“Ada perkara atau ada kesilapan yang berlaku tidak boleh ditiru oleh AI dan komputer. Komputer tidak mempunyai jiwa, dan ia bukan sesuatu yang kita boleh rasai atau kaitkan secara emosi,” jelasnya seperti yang dilapor Deadline.
Jenna menambah, dia berharap agar suatu hari nanti AI bakal menjadi makanan ringan mental.
“Saya tidak mahu membuat andaian bagi pihak penonton, tetapi saya berharap AI mencapai satu titik di mana ia menjadi sejenis makanan ringan mental (mental junk food) dan melihat skrin, dan kemudian tiba-tiba kita semua berasa sakit.
“Tapi kita tidak tahu kenapa, dan kemudian seorang pembikin filem bebas muncul dengan sesuatu, dan ia melepaskan semangat atau keterujaan baharu ini sekali lagi,” ulasnya.
Sumber: JustJared
