BeritaGaya Hidup

‘Hajjah Neelofa Pesan Jangan Lupa Doa Untuk Masuk Syurga Allah’

Pelakon, Nora Danish berkongsi nasihat bermakna yang sering diingatkan sahabatnya, Noor Neelofa tentang kepentingan doa sebagai bekalan menuju kehidupan abadi.

Menurut Nora, pesanan tersebut bukan sekadar ungkapan biasa, sebaliknya satu peringatan agar syurga sentiasa menjadi matlamat tertinggi dalam hidup di samping terus istiqamah memperbaiki diri.

“Hajjah Neelofa selalu berpesan supaya jangan lupa berdoa untuk masuk ke syurga Allah. Masya-Allah, pesanan itu sangat menyentuh hati. Kita bukan hanya minta masuk syurga, tetapi mohon agar dapat memasuki mana-mana daripada lapan pintunya.

“Antara jalannya melalui sedekah, puasa, berbakti kepada ibu bapa, menunaikan haji, menahan marah, menjaga solat, berzikir dan berjihad di jalan Allah,” kongsinya menerusi sebuah hantaran.

Aktres itu turut menekankan bahawa doa perlu disertai keyakinan serta sangkaan baik terhadap Allah agar setiap amalan dilakukan dengan jiwa yang hidup dan penuh makna.

“Jom kita sama-sama berdoa dengan penuh yakin. Sentiasa bersangka baik dengan Allah.

“Semoga Allah mempermudahkan jalan kita untuk terus istiqamah dan akhirnya dikurniakan syurga Firdaus,” ujarnya lagi.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang tersentuh dengan peringatan berunsur keagamaan itu.

Rata-rata meluahkan rasa syukur selain berterima kasih kerana diingatkan tentang tujuan sebenar kehidupan, malah ada yang menyifatkan kata-kata itu hadir tepat pada waktunya sebagai motivasi rohani sepanjang Ramadan.

Related Articles

Back to top button